COPY IC
Depan & Belakang
2 BULAN
Advance Payment
Harga Bermula Dari RM 50..!!
Tak Perlu Survey-Survey Lagi
Kita sering didekati oleh individu yang bertanyakan sama ada sudah mengambil hibah takaful dalam kehidupan kita atau tidak. Walaupun kebanyakan orang sudah mempunyai kesedaran terhadap hibah, tetapi ada juga rasa keliru sama ada untuk mendengar penjelasan lebih lanjut atau mengendahkannya sahaja. Perkara ini terjadi bukanlah kerana sikap tidak peduli masyarakat terhadap hibah takaful tetapi kerana terlalu banyak persoalan yang mereka tidak didedahkan dengan hibah takaful ini. Apakah ‘hibah takaful? Apa kebaikannya kepada mereka? Apakah proses-proses yang perlu dilakukan?
Persoalan-persoalan inilah yang sentiasa bermain di fikiran setiap individu apabila ‘hibah takaful’ disebut. Oleh itu, penulisan ini akan menerangkan beberapa perkara penting berkaitan hibah takaful untuk penjelasan dan pencerahan yang akan menjawab setiap persoalan anda.
Kita perlu tahu apa itu hibah terlebih dahulu. Hibah secara asasnya merujuk pada pemberian sukarela daripada pemberi kepada penerima atas dasar kasih sayang tanpa mengharap sebarang bentuk balasan. Hibah tidak termasuk dalam harta pusaka dan penerima hibah boleh menggunakan harta tersebut untuk dirinya secara mutlak.
Takaful pula adalah menjaga atau memelihara sebagai konsep asas. Jika individu (pencarum) terdedah dengan musibah, pampasan akan diberikan dalam bentuk wang. Sumbangan wang adalah melibatkan sumbangan orang ramai (pencarum takaful).
Jadi, Hibah Takaful digunakan oleh syarikat takaful untuk kaedah pembayaran tuntutan wang pampasan takaful apabila pemilik takaful meninggal dunia. Melalui takaful hibah ini, pembahagian wang pampasan takaful akan diberikan kepada penerima hibah yang dinamakan di dalam polisi hibah setelah kematian pemilik takaful. Ahli keluarga atau waris yang lain tidak boleh mempertikaikan harta yang dihadiahkan kepada penerima hibah tersebut.
Hibah takaful telah diperkenalkan dalam industri takaful dari Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.
Hukum melakukan hibah adalah sunat dan digalakkan dalam Islam. Takaful ditakrifkan sebagai permuafakatan sekumpulan individu untuk saling menjamin dan membantu antara satu sama lain. Ia bagi memenuhi keperluan tertentu yang dipersetujui seperti memberi pampasan sekiranya berlaku apa-apa musibah serta keperluan kewangan yang lain.
Hutang sangat dititikberatkan dalam Islam. Individu hendaklah menyelesaikan segala hutang yang ada walaupun sudah mati. Untuk mengelakkan segala permasalahan selepas ketiadaan anda, hibah takaful mungkin boleh membantu waris anda dalam menjalani kehidupan
Dalam memastikan kehilangan anda tidak menyukarkan ahli keluarga atau waris dengan hutang yang ditinggalkan. Waris dapat menggunakan wang yang anda tinggalkan melalui hibah ini untuk melangsaikan semua hutang yang anda ada dan menggunakan lebihan untuk meneruskan kehidupan seperti biasa buat sementara waktu.
Kematian adalah sesuatu yang tidak dijangka, oleh itu kita hendaklah sentiasa bersedia dalam menjaga kesejahteraan keluarga walaupun selepas pemergian anda. Jika anda seorang ketua keluarga, sudah pasti punca pendapatan akan terputus bagi keluarga anda. Hibah takaful boleh membantu anda dalam menyelesaikan permasalahan ini.
Di sinilah kepentingan hibah takaful, waris yang ditinggalkan tidak perlu mencari kerja tambahan untuk menyara keluarga atau mengikat perut demi kelangsungan hidup.
Kita sudah tahu bahawa hibah merupakan sesuatu yang dianggap sebagai hadiah melalui belas kasihan dan kasih sayang. Jika anda layak menerima hadiah tersebut, tiada orang atau sistem yang mampu menghalang anda mendapatkannya. Hibah takaful boleh dikategorikan sebagai aset mudah cair. Ini bermaksud, proses tuntutan boleh dilakukan dengan lebih cepat dan tidak memakan masa yang lama. Anda tidak perlu melatik peguam atau pihak ketiga untuk menguruskan proses pembahagian ini bagi pihak anda.
Berbeza dengan wasiat dan pembahagian harta pusaka, hibah takaful dibuat atas dasar kasih sayang tidak kira dalam bentuk wang tunai atau harta benda tanpa mengharap sebarang bentuk balasan. Dalam erti kata lain, penama merupakan pemilik mutlak dan tidak boleh dipertikaikan. Ia sekali gus dapat mengelakkan persengketaan atau perebutan harta yang ditinggalkan dengan ahli keluarga yang lain.
Kita sebagai seorang muslim hendaklah bersedia dalam perancangan kewangan. Ikhtiar dan usaha sangat diperlukan selain daripada doa yang berpanjangan. Hibah takaful merupakan sesuatu yang sangat digalakkan kepada umat islam kerana terdapat banyak faedah yang boleh diperoleh daripadanya. Dalam kita berniat untuk membantu diri sendiri dan keluarga, Hibah takaful juga boleh membantu orang lain. Jika anda memerlukan khidmat hibah takaful khas dan tanpa medical checkup, saya boleh bantu anda dengan segera.
Pernahkan berlaku situasi di mana anda memohon untuk mendapatkan hibah takaful tetapi tidak dapat kerana anda mempunyai atas sejarah kesihatan yang tidak stabil? Atau permohonan anda sentiasa tidak diterima atas faktor pekerjaan, umur dan sebagainya?. Dalam hakikatnya, memang terdapat syarat-syarat yang terikat jika ingin memohon hibah takaful kerana terdapat sebab-sebabnya seperti kemampuan anda untuk memohon, kelayakan dan sebagainya. Tetapi anda tidak perlu risau kerana saya sedia membantu anda mendapatkan hibah takaful tanpa banyak proses.
Hibah takaful sangat penting untuk persediaan kita dalam perancangan kewangan untuk menjaga dan memelihara ahli keluarga kita untuk masa hadapan. Dalam masa yang sama, kita juga dapat membantu orang lain kerana hibah takaful atau hibah bersyarat ini adalah sumbangan orang ramai untuk kesejahteraan masyarakat umat islam.
Anda perlu tahu beberapa perkara berkaitan hibah takaful yang saya sediakan ini. Antara perkara tersebut adalah:-
Setiap orang berhak mempunyai peluang mendapatkan hibah takaful untuk diri dan keluarga mereka. Usaha dan ikhtiar adalah penting dalam menjalani kehidupan sebagai seorang muslim. Jadi, saya ingin memberikan peluang kepada setiap orang yang susah mendapatkan permohonan hibah takaful dengan hanya harga serendah RM50.
Hibah takaful yang saya sediakan adalah untuk semua orang. Anda tidak perlu risau tentang keadaan kesihatan atau lain-lain yang sebab yang kebiasaannya menjadi penyebab anda sukar untuk melepasi permohonan mendapatkan hibah takaful di syarikat-syarikat lain. Saya sedia membantu anda untuk memelihara dan menjaga keluarga anda melalui hibah takaful ini. Jika anda berminat mendapatkan hibah takaful untuk semua daripada saya ini, boleh sahaja hubungi saya terus untuk perbincangan lanjut.
Apa Orang Kata Tentang Hibah Takaful Mesti Approved Nih?
Zurich Malaysia Melancarkan Zurich Takaful Al-Shams, Pelan Takaful Keluarga Dengan Ciri Penerimaan Terjamin Yang Memberi Peluang Kepada Pelanggan Untuk Menunaikan Kewajipan Terhadap Keluarga Dan Menghadiahkan...
Lebih LanjutPelan Takaful Keluarga Dengan Ciri Penerimaan Terjamin Amat Penting Kerana Ia Memberi Peluang Kepada Pelanggan Untuk Menunaikan Kewajipan Terhadap Keluarga Dan Menghadiahkan Hibah Untuk Orang Tersayang...
Lebih LanjutZurich Malaysia Komited Menyediakan Perlindungan Untuk Orang Kurang Upaya (OKU) Dengan Memperkenalkan Program Sinar Senyuman Al-Shams Yang Memudahkan Akses Perlindungan Kewangan Takaful Kepada Golongan Itu. Ketua Pegawai Eksekutif Zurich Taka...
Lebih LanjutKita sering didekati oleh individu yang bertanyakan sama ada sudah mengambil hibah takaful dalam kehidupan kita atau tidak. Walaupun kebanyakan orang sudah mempunyai kesedaran terhadap hibah, tetapi ada juga rasa keliru sama ada untuk...
Lebih LanjutPernahkan berlaku situasi di mana anda memohon untuk mendapatkan hibah takaful tetapi tidak dapat kerana anda mempunyai atas sejarah kesihatan yang tidak stabil? Atau permohonan anda sentiasa tidak diterima atas faktor pekerjaan, umur dan sebagainya?...
Lebih LanjutSerendah RM50 and Boleh Mula Mencarum
Hibah Khas Ini!
Mudah Saja, Waris Atau Abg Dan Kak Boleh Datang Dengan Membawa dokumen Original Ke Mana2 Cawangan Kami Di Seluruh Malaysia
Atau, Wasap Fairil Untuk Fairil Bantu Akak & Abg Uruskan Claim..!!
Saya Sedia Membantu Anda. Tinggalkan Pesanan Anda Di Bawah!